Penambahbaikan Struktur Jadual Gaji Minimum-Maksimum telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada Perhimpunan Perdana Kakitangan Awam pada 18 Mac yang lalu. Jadual Gaji Minimum-Maksimum ini antara lainnya mengandungi perkara berikut:
- Struktur Jadual Gaji Minimum Maksimum sedia ada ditambah baik,
- Peringkat gaji (P) bagi Kumpulan Pelaksana dan, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijadikan satu lapisan jadual gaji minimum-maksimum yang baru dengan melibatkan penggabungan:
- Peringkat gaji P1, P2 dan P3 di gred lantikan.
- Peringkat gaji P1 dan P2 di gred kenaikan pangkat.
- Gaji maksimum Jadual Gaji Minimum Maksimum bagi semua Kumpulan Perkhidmatan ditambah
- Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga (3) KGT untuk membolehkan pegawai menikmati Pergerakan Gaji Tahunan (PGT). 4. JGMM baru yang ditambah baik adalah seperti di Lampiran A. Bagi JGMM yang tidak terdapat dalam Lampiran A, Ketua Jabatan hendaklah memohon JGMM daripada Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan pegawai terlibat yang telah dikemas kini dan disahkan.
0 Comments