Berikut adalah terma dan syarat penginapan di Homestay Kesidang Moon
- Setiap tempahan untuk menginap di Kesidang Moon Homestay di bandar Melaka perlu di bayar deposit sebanyak RM50.00. Tanpa deposit, kami anggap ianya hanya sebagai pertanyaan bukannya tempahan.
- Check-in Pukul 2.00 ptg dan check-out jam 12.00 tgh.
** "Kebenaran Check-in awal atau Check-out lewat hanya dibenarkan sekiranya pada tarikh dan masa tersebut tiada tempahan awal dari penyewa lain untuk menginap di Kesidang Lia Homestay di bandar Melaka dan bayaran tambahan akan dikenakan". - Tetamu Homestay Kesidang Moon dilarang sama sekali melakukan aktiviti yang ditegah syarak dan juga undang-undang. Pasangan bukan muhrim adalah di tegah sama sekali dari menginap di sini
- Tetamu dibenarkan untuk memasak tetapi hanya makanan yang HALAL sahaja dibenarkan di bawa atau dimasak di homestay ini.
- Binatang Peliharaan seperti kucaing dan sebagainya adalah dilarang sama sekali di bawa ke dalam homestay. Kami berhak membatalkan sewaan sekiranya terdapat penyewa yang membawa binatang peliharaan.
- Tetamu hendaklah sedia maklum bahawa Homestay Kesidang Moon tidak akan bertanggungjawab terhadap semua tuntutan, guaman, ganti rugi, kos, kerugian dan perbelanjaan yang berbangkit daripada kecederaan kepada mana-mana pihak atau harta yang terlibat dengan kecederaan tersebut atau apa-apa sahaja berkenaan premis.
- Homestay tidak akan bertanggungjawab terhadap kecurian atau vandalisme atau kerosakan barang peribadi tetamu atau barang yang tertinggal di dalam homestay.
- Tetamu adalah bertanggungjawab di atas keselamatan perkakas rumah, kelengkapan, perabot & elektrik. Dilarang mencuri, mengambil & merosakkan kelengkapan di rumah ini. Setiap kerosakan akan dikenakan surcaj, kecurian akan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
- Dasar jiran yang baik. Tetamu Homestay Kesidang Moon tidak dibenarkan membuat bising, berparti, menyanyi, menari atau apa sahaja aktiviti yang tidak bermoral memandangkan homestay ini terletak dalam kawasan perumahan dan perlakuan tersebut akan mengganggu jiran.
0 Comments