Header Ads Widget

Kekal sihat sewaktu melancong

Pergi bercuti bersama keluarga adalah saat yang paling menyeronokkan dan ditunggu-tunggu. Pasti ramai yang akan mengambil kesempatan dari cuti sempena hari Wilayah dan juga cuti Tahun Baru Cina untuk pulang ke kampung ataupun bercuti ke destinasi pilihan. Memang banyak dugaan dan cabaran untuk menjaga pemakanan dan kekal sihat. Berikut adalah beberapa tips untuk kekal sihat semasa bercuti yang antaranya ialah:

homestay di Bandar MelakaBanyak Minum Air Kosong

Minum banyak air kosong adalah amat penting untuk tubuh anda. Anda perlu meminum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari tetapi lebihkan jumlah tersebut pergi melancong atau bercuti kerana anda lebih banyak kehilangan air. Jangan sampai anda mengalami kekurangan air.

Bawa Snek yang Sihat

Snek di antara waktu makan utama adalah penting untuk mengelakkan makan berlebihan. Bawalah makanan yang mudah dan berkhasiat di dalam beg ketika berjalan seperti buah, kekacang dan sebagainya.

Tidur Mencukupi

Tidur adalah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Tidur yang cukup member banyak menafaat kepada kita. Badan mudah mendapat penyakit sekiranya anda tidak mendapat tidur yang mencukupi.  Tidur yang cukup dan baik dapat merehatkan badan kita serta mengembalikan semula tenaga. Kalori juga dapat di bakar jika anda dapat tidur dengansecukupnya.

Jangan Terlebih Makan

Satu perkara yang perlu anda ambil perhatian ialah jangan makan terlalu banyak sewaktu melancong kerana dikhuatiri perut menjadi tidak selesa dan bakal mengganggu percutian anda. Minum air kosong dahulu sebelum menikmati hidangan.

Jangan Mudah Manjakan Diri

Kepenatan sewaktu berjalan dan pilihan makanan yang banyak di tempat anda melancong selalu mendorong anda untuk makan berlebihan. Memang bagus kalau dapat merasai semua makanan yang ada terutamanya yang tidak terdapat di tempat anda.  Kawal nafsu makan kerana bukan mudah untuk membakar kalori yang ada.

Amalkan gaya hidup sihat dan kekal sihat semasa bercuti supaya anda boleh menikmati percutian anda dengan lebih indah!

Sumber: Kevin Zahri.

Post a Comment

0 Comments