Kunci yang anda pasang mungkin telah lama dan tidak begitu selamat lagi. Pintu luar harus sentiasa mempunyai deadbolts.
The double locked door by momentcaptured1 |
2. Jangan biarkan mel dan surat khabar melimpah.
Sebelum anda bercuti beritahu penghantar suratkhabar supaya tidak menghantar suratkhabar sepanjang percutian anda.
Lebih baik lagi, minta tolong jiran untuk mengumpul kertas-kertas iklan dan surat anda. Dengan cara itu, anda tidak memberitahu orang yang tidak dikenali bahawa anda tidak ada di rumah. Jiran juga boleh membantu membersihkan Risalah, kupon dan menu penghantaran dari bertaburan di halaman rumah anda.
3. Gunakan timer untuk lampu anda.
Gunakan timer dan pasang beberapa lampu di rumah anda. Jika anda tidak mempunyai masa untuk memasang timer, minta tolong kawan atau jiran dan meminta mereka datang pada masa yang berlainan dan menghidupkan lampu di dalam dan luar.
4. Pastikan rumput dipotong.
Kalau penjenayah lalu dan nampak rumput disekeliling rumah anda sudah panjang, ianya seolah-olah memberitahu mereka bahawa tuan rumah telah pergi bercuti untuk jangka masa waktu yang lama. Sebelum pulang bercuti untuk jangkamasa yang lama potonglah rumput dan kemaskan sekeliling rumah.
5. Pastikan di depan rumah anda sentiasa ada kereta.
Jika anda akan keluar balik kampung atau bercuti, meminta jiran-jiran anda untuk meletakkan kereta di hadapan rumah anda seolah-olah memberitahu penjenayah bahawa rumah anda di awasi.
6. Jangan menyembunyikan kunci di tempat yang jelas dilihat.
Sesetengah orang takut kehilangan kunci dan menyembunyikan satu salinan kunci, dan sering diletak di tempat-tempat yang orang mudah agak. Jangan sembunyikan kunci di tempat yang jelas atau mudah orang lain menjumpainya. Malah, anda mungkin tidak perlu mempunyai kunci yang tersembunyi di mana-mana.
Sebaliknya, berikan suatu salinan kunci anda kepada jiran atau rakan yang boleh dipercayai jika berlaku kecemasan. Pastikan kunci tersebut tidak ditanda dengan tanda-tanda yang mudah orang mengenalpastinya seperti nama atau alamat anda.
7. Hentikan mendaftar masuk pada rangkaian sosial.
Seboleh-bolehnya hentikan seketika login ke laman-laman sosial seperti FB an sebagainya dan update status mengenai percutian anda. Mungkin ada dalam kalangan rakan anda yang tidak boleh dipercayai yang akan mengambil kesempatan dari ketiadaan anda. Kalau perlu update juga tukar setting di laman sosial anda.
8. Memantau rumah anda dengan telefon pintar anda.
Walaupun anda berada jauh, anda boleh menggunakan telefon pintar anda untuk memantau kamera di dalam rumah anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah menghubungkan kamera web (termasuk pada kebanyakan komputer meja dan komputer riba) untuk aplikasi. Setelah disambungkan, anda boleh menonton kamera terus dari telefon pintar anda.
Sebagai contoh, lihat ICAM, yang boleh didapati untuk Android dan iPhone. Dengan aplikasi ini, anda boleh menyambung sehingga 12 peranti, meletakkannya di sekitar rumah anda dan memantau apa yang berlaku di sekitar rumah anda dari jauh.
9. Pastikan tirai anda dalam kedudukan normal.
Biarkan langsir anda pada kedudukan biasa semasa anda berada di rumah seolah-olah memberitahu kepada orang yang tidak dikenali bahawa anda bukan bercuti panjang.
10. Jangan menukar mesej mesin menjawab anda.
Jika anda menggunakan peti simpanan suara, jangan tukar mesej menjawab. Terdapat sesetangah kes di mana pencuri menelefon rumah terdahulu untuk mengetahui samada tuan rumah bercuti lama atau tidak. Jika anda tukar mesej dan beritahu bahawa anda sedang bercuti di kampung seolah-olah anda menjemput mereka untuk memasuki rumah anda.
Sebaliknya, sentiasa menyimpan mesej generik pada mesin menjawab rumah anda.
11. Minta tolong jiran memantau rumah anda.
Beritahu jiran-jiran anda dan biarkan mereka tahu bahawa anda merancang untuk balik kampung dan bercuti lama dan minta tolong mereka mengawasi rumah kita. Minta mereka menghubungi polis sekiranya ternampak sesuatu yang mencurigakan.
12. Memindahkan barang-barang mahal daripada penglihatan.
Cuba anda berjalan sekeliling rumah atau perhatikan dari luar rumah, adakah terdapat barang-barang berharga yang mudah kelihatan dari luar rumah seperti barang-barang elektronik yang mahal, barang-barang kemas atau sebagainya. Kalau ianya mudah dilihat dari luar, sebaiknya anda alihkan barang-barang tersebut supaya tidak mudah dilihat.
13. Pastikan polis membuat pemantauan di sekitar rumah anda.
Sebelum pulang bercuti raya atau balik bercuti ke kampung, luangkan sedikit masa untuk memberitahu balai berdekatan supaya polis dapat membuat rondaan lebih kerap apabila anda tiada di rumah untuk jangka waktu yang panjang.
14. Sembunyikan basikal dan mesin rumput.
Banyak kes di mana basikal atau mesin rumput atau apa sahaja barang yang curi dari laman rumah anda semasa anda bercuti. Sebaiknya sembunyikan barang-barang tersebut semasa anda bercuti terutamanya untuk jangka waktu yang panjang.
15. Pasang lampu luar yang baik.
Satu kawasan yang terang adalah penghalang kecurian yang besar. Lagipun, siapa yang mahu cuba untuk memecah masuk ke dalam sebuah rumah kalau ianya diperhatikan. Sekurang-kurangnya, pertimbangkan memasang lampu di halaman depan anda dan belakang rumah dan meninggalkan lampu teras apabila anda meninggalkan rumah.
Sumber: MSN Money
0 Comments