Header Ads Widget

Uitm Kampus Bandar


Penubuhan UiTM Kampus Bandaraya Melaka adalah agenda nasional dengan usahasama Ketua Menteri Melaka dan Naib Canselor UiTM hasil daripada saranan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Malaysia untuk mencapai enrolmen seramai 200,000 orang pelajar bumiputera di UiTM  menjelang tahun 2010. Kini, enrolmen UiTM telah memperolehi seramai 157,000 orang pelajar pada tahun 2010 dan mensasarkan seramai 250,000 menjelang tahun 2015.

Uitm Kampus Bandar 
UiTM Kampus Bandaraya Melaka telah dirasmikan pada 26  Mac 2007 oleh Y.A.B. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam. UiTM Kampus Bandaraya Melaka yang terletak di Jalan Hang Tuah, Melaka telah mula beroperasi dengan persediaan pengurusan pada 15 Disember 2006 dan diterajui oleh 11 orang staf pentadbiran. Manakala aktiviti akademik telah bermula pada 3 Januari 2007. Sehingga Jun 2011, UiTM Kampus Bandaraya Melaka kini mempunyai bilangan staf bukan akademik seramai 119 orang dan staf akademik seramai 188 orang.


Pada tahun 2009 pihak UiTM Kampus Bandaraya Melaka telah menyewa 2 tingkat di bangunan Syarikat Air Melaka Berhad yang berada bersebelahan bangunan Kampus Bandaraya Melaka. UiTM Kampus Bandaraya Melaka juga dijangkakan akan menyewa 3 lagi tingkat di bangunan tersebut bagi menampung pelajar yang telah mencecah seramai 4500 orang pada tahun 2011.

Lokasi UiTM Kampus Bandar

Bagi penginapan para pelajar, UiTM Kampus Bandaraya Melaka telah menyediakan kemudahan dua kolej kediaman iaitu kolej kediaman Tun Mamat dan kolej kediaman Tun Mutahir. Kolej kediaman pelajar siswa bertempat di Kolej Tun Mamat dan boleh memuatkan seramai 200 orang pelajar manakala kolej kediaman siswi di Kolej Tun Mutahir yang boleh menampung seramai 500 orang pelajar. Kedua-dua kolej tersebut bertempat di Kg. Morten dan mengambil masa 10 minit berjalan kaki ke UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Pada tahun 2011, UiTM Kampus Bandaraya Melaka dengan usahasama kerajaan Negeri Melaka dijangkakan akan menyewa 2 blok kediaman pelajar yang boleh menempatkan seramai 2000 orang pelajar.

Kumpulan pertama pelajar UiTM Kampus Bandaraya Melaka merupakan pengambilan bagi Semester Disember 2007 – April 2007 dengan jumlah pelajar seramai 970.  Kini UiTM Kampus Bandaraya Melaka mempunyai jumlah hampir 4,500 orang pelajar sepenuh masa dan separuh masa.

Post a Comment

0 Comments