Header Ads Widget

Soalan Lazim Mengenai Homestay Kesidang Moon


Soalan 1.

Homestay Kesidang Moon ada berapa bilik tidur?

Homestay dPuncak mempunyai 3 bilik tidur dan dua bilik air. Bilik tidur utama dilengkapkana dengan katil Queen Size dan mempunyai aircond. Bilik 2 dan bilik 3 juga dilengkapkan dengan katil katil bujang. Bilik 2 ada aircond dan bilik 3 ada kipas angin. Bilik tidur utama juga mempunyai attached bathroom.

Soalan 2.

Berapa ramai orang boleh menginap di homestay?

Kami tidak menghadkan jumlah tetamu, kalau ramai kami juga ada tilam dan bantal tambahan. Walau bagaimanapun kalau lebih dari 7 orang kami tak dapat jamin keselesaan sebab homestay hanya mempunyai 3 bilik sahaja.

Soalan 3.

Berapa banyak kereta boleh parking?

Hanya 1 kereta parking di dalam dan lain-lain kereta parking di luar. Boleh parking banyak kereta sebab depan homestay adalah permainan kanak-kanak dan dewan orang ramai. Tidak menggangu lalulintas kalau parking depan padang atau dewan.

Soalan 4.

Kalaua kami nak masak, boleh tak?

Boleh. Kami memang sediakan peralatan memasak dan juga pingan mangkuk untuk makan. Tong gas dan dapur gas dua tungku juga disediakan.

Soalan 5.

Berapa sewa semalam?

Kadar sewa kami amat berpatutan. Kadar sewa sehari semalam ialah RM180. Kami juga akan berikan baucer diskaun tiket menaiki River Cruise sebanyak 20% untuk setiap orang.

Soalan 6.

Kami mungkin sampai lewat sikit. Tak boleh kurang ke?

Kadar sewa memang telah ditetapkan. Waktu masuk adalah jam 2.00 petang dan keluar jam 12.00 tengahari.

Post a Comment

0 Comments