Tempat Menarik Di Bandar Hilir

Banda Hilir

Monday, May 29, 2017

Proton Saga FLX Plus 1.3 Automatik untuk di sewa di Melaka dan Ayer Keroh


Fuad Car Rental menawarkan perkhidmatan kereta sewa Proton Saga FLX Plus 1.3 Automatik murah di Melaka, Bandar Hilir dan Ayer Keroh untuk jangka masa yang singkat dan panjang. Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta ini bertujuan memberi peluang kepada mereka yang memerlukan kenderaan sementara. Kepada mereka yang ingin perkhidmatan kereta sewa murah kami usah khuatir kerana kereta sewa kami murah, bersih, dan sentiasa dalam keadaan baik.

Tempoh minima sewa adalah 1 hari atau 24jam.

Hubungi kami bila-bila masa, dimana-mana jua di talian 017-3169879 (Fuad) atau 017-9527363 (muhalith), untuk sebarang tempahan. Sesuai untuk semua Pelajar IPT, Pekerja, Pelancong dan sesiapa sahaja yang memerlukan kereta sewa.


Tempoh Sewaan Proton Saga FLX Plus 1.3 Automatik Kadar sewa
Kadar sehari Jumlah Sewa
1 Hari  RM130.00 RM130.00
3 Hari  RM120.00 RM360.00
1 Minggu RM110.00 Rm770.00
2 Minggu RM90.00 RM1,260.00
3 Minggu RM80.00 RM1,680.00
1 Bulan RM60.00 RM1,800.00
Ramai memilih Saga kerana prestasi enjin baik, penjimatan bahan api, kelapangan, keselesaan dan keselamatan, diiktiraf mempunyai nilai terbaik untuk wang dalam kelasnya.

Proton Saga FLX Plus 1.3 Automatik dikuasakan oleh enjin 1.3 liter Campro IAFM, dan penghantaran CVT. Proton Saga FLX Plus 1.3 Automatik dilengkapi dengan 14" inci rim aloi, kit badan penuh, spoiler, belakang hiasan warna badan dan tanda gred ‘Plus’.

Proton Saga FLX Plus 1.3 Automatik ini juga merupakan model direka untuk menarik generasi muda pembeli kereta yang kini mempunyai pilihan untuk memiliki kenderaan peringkat kemasukan yang menawarkan bukan sahaja pemilikan berpatutan dan penjagaan, tetapi prestasi yang luar biasa.

Tempat mengambil / Memulangkan Kenderaan

Lokasi utama: Melaka Sentral, MITC dan Cheng, Melaka

Syarat-Syarat dan Perjanjian Penyewa/Pemimjam Kereta Sewa

Pembayaran
  1. Jumlah kadar sewaan keseluruhan termasuk Security Deposit perlu dijelaskan sebelum atau ketika mengambil kenderaan samaada melalui bank transfer atau pun Cash On Delivery (COD).
  2. Security Deposit bergantung kepada jenis kenderaan dan tempoh penyewaan. Security Deposit akan dipulangkan apabila kereta sewa dipulangkan dengan baik dan bebas daripada saman trafik.
  3. Sekiranya penyewa ingin menempah kenderaan untuk tarikh tertentu, penyewa perlu ‘bank-in’ minimum RM50 sebagai booking fee atau “tanda jadi”. Jumlah ‘booking fee’ ini bergantung kepada jenis kereta dan tempoh penyewaan.
  4. Deposit adalah sebanyak RM100 - (Rm50) security deposit
  5. Sekiranya kereta sewa lambat dihantar, setiap jam yang berikutnya bayaran tambahan minimum RM10/jam (bergantung kepada jenis kereta). Sila hubungi kami sebelum tamat tempoh penyewaan dan seawal mungkin sekiranya ingin melanjutkan tempoh sewaan 

Syarat Pemandu
  1. Pemandu mesti mempunyai lesen memandu Malaysia Kelas D yang sah dan masih belum tamat tempoh.
  2. Sihat tubuh badan dan waras.
  3. Hadirkan diri ketika mengambil kereta sewa untuk tandatangan borang perjanjian.
  4. Salinan Kad Pengenalan/MyKad penyewa.
  5. Salinan Lesen Memandu penyewa.
  6. Salinan Kad Pengenalan Rujukan/ Penjamin (contoh: isteri, abang, suami, saudara dll).
  7. Salinan bil utiliti terkini rumah (contoh: bil Astro, bil TNB, bil air dll).
  8. Bisnes kad jika ada.
  9. Kad Pelajar jika seorang pelajar.

Saman
  1. Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap saman yang terhasil sepanjang tempoh penyewaan.
Syarat & Larangan ketika Menyewa Kereta
  1. Dilarang menggunkan kereta ini untuk melakukan aktiviti jenayah atau melanggar undang-undang negara Malaysia. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
  2. Dilarang sama sekali mengubah suai keadaan kenderaan dan mencuri aksesori kereta yang disewa.  Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
  3. Dilarang membawa buah/bahan yang berbau kuat seperti durian dan cempedak. Jika ingkar RM30 akan dipotong daripada Security Deposit untuk proses mencuci dan menghilangkan bau.
  4. Dilarang menyewakan/meminjamkan kereta sewa kepada orang lain (Sublet).
  5. Dilarang memandu kereta sewa keluar daripada Semenanjung Malaysia.
  6. Sekiranya berlaku kerosakan pada kereta disebabkan kecuaian penyewa di dalam tempoh penyewaan, bayaran minimum (RM50) atau maksimum (RM2000) akan dikenakan kepada penyewa dan nilai bergantung kepada jenis dan tahap kerosakan. Sekiranya berlaku kerosakan teknikal seperti bateri habis atau radiator panas, kami akan menggantikan dengan kereta lain jika ada atau memulangkan wang anda kembali.
* Sekiranya anda menempah kereta daripada kami maka kami beranggapan anda sudah memahami dan bersetuju dengan syarat dan terma ini.


No comments:
Write comments