Tempat Menarik Di Bandar Hilir

Banda Hilir

Monday, August 24, 2015

Tempat Menarik Di Melaka - Kolam Ayer Panas Gadek, Melaka




Kolam Ayer Panas Gadek ini beroperasi 24 jam sehari jadi anda boleh merancang waktu perjalanan anda untuk datang pada bila-bila masa sahaja. Nikmatilah air panas semulajadi di Pusat Pelancongan & Rekreasi Air Panas Gadek yang terletak di antara jalan utama Alor Gajah - Tampin kira-kira 30 KM dari Pusat Bandaraya Melaka. 


Terdapat banyak khasiat air panas semulajadi yang terdapat di Pusat Pelancongan & Rekreasi Air Panas Gadek. Dari kajian saintifik yang dilakukan, ayer panas semulajadi ini mengandungi karbon dioksida (CO2) dan mengeluarkan buih-buih yang mengandungi hydrogen sulfide (H2S) dan dipercayai boleh dijadikan sebagai perubatan alternatif secara alami bagi merawat pelbagai jenis penyakit terutamanya penyakit kulit jika dilakukan secara teratur dan berterusan. Sumber air panas semulajadi disini mempunyai suhu purata 56 darjah celcius dan purata aliran 5.4 liter sesaat. 

Selain baik untuk mengubati sakit yang berkaitan dengan kulit, air panas semulajadi ini juga dipercayai dapat membantu pengunjung yang mengalami sakit sendi tulang dan membantu melancarkan perjalanan darah didalam badan. 

Antara kelebihan mandi air panas semulajadi :

  • Memberi ketenangan kepada tubuh badan.dan membantu mengurangkan stress.
  • Membuka pori-pori diwajah dan liang roma sekaligus membantu penyingkiran toksin.
  • Melegakan ketegangan otot kesan daripada aktiviti harian.
  • Meransang kadar metabolisma dalam badan.
  • Amalan mandi air panas semulajadi secara teratur juga dipercayai dapat membantu menstabilkan sistem endokrin dan sistem saraf dalam badan. 
 Jadi apa tunggu lagi.....datanglah segera ke Pusat Pelancongan & Rekreasi Air Panas Gadek.

No comments:
Write comments