Tempat Menarik Di Bandar Hilir

Banda Hilir

Monday, May 18, 2015

Taman Tema A Famosa Resort di Alor Gajah Melaka


A Famosa Resort di Melaka ialah sebuah taman hiburan keluarga yang popular dengan taman tema air, safari wonderland dan bandar koboinya.

Berada di pinggir tol Simpang Ampat Melaka, bandar hiburan A Famosa ini terletak agak jauh dari bandar Melaka. Akan tetapi jika anda menginap di sini, tarikan yang ada sudah cukup untuk memenuhi hujung minggu anda.

1. Taman Tema Air

Taman Tema Air di sini adalah antara yang terbaik di Melaka dan merupakan antara taman tema terbesar di Malaysia dan mempunyai tarikan seperti pantai buatan dan luncur air setinggi 7 tingkat yang cukup menggerunkan. Tidak seperti taman tema lain yang yang biasanya hanya mempunyai slide air dan lain-lain, di sini anda juga akan menjumpai halangan air seperti dalam Ninja Warrior — sesuatu yg cukup menyeronokkan untuk dicuba seisi keluarga.


2. Safari Wonderland

Untuk mereka yang sukakan binatang dan ingin merasa keseronokan menaiki jeep sambil masuk ke dalam habitat haiwan liar seperti harimau, Safari Wonderland bakal memberikan anda pengalaman yang cukup menarik. Di zoo mini anda boleh menyentuh haiwan seperti kambing, burung dan lain-lain lagi.

Anda juga boleh melihat pertunjukan haiwan yang lebih menarik dari kebanyakan pertunjukan haiwan di mana-mana zoo Malaysia. Ini kerana anda bakal dihiburkan bukan sahaja oleh haiwan kecil, tetapi hingga haiwan besar seperti gajah yang mengurut dengan kakinya.

3. Bandar Koboi

Di A Famosa Water Theme Park juga anda boleh masuk ke dalam dunia koboi — dengan Red Indian, koboi dan bangunan Wild West dikeliling anda yang bakal bakal melekakan dan anda akan terasa seolah-olah anda benar-benar berada di sana.

Selain itu, anda boleh bermain bowling, masuk ke taman tema kanak-kanak, melihat pertunjukan bunga api dan melihat pertunjukan wayang 4D. 

Terdapat juga pertunjukan lagak ngeri koboi dan perarakan karnival ala parti jalanan pada waktu malam.


No comments:
Write comments