Tempat Menarik Di Bandar Hilir

Banda Hilir

Tuesday, August 6, 2013

Memandu Ketika Pulang Bercuti Hari Raya ke Kampung

Anda mungkin tidak begitu suka memandu ketika pulang bercuti hari raya jika membawa bayi bersama, tetapi kadang-kala, ini tidak boleh dielakkan. Sepanjang Hari Raya dan Tahun Baru Cina contohnya, berduyun-duyun rakyat Malaysia yang bekerja dan tinggal di bandar-bandar besar akan membawa kereta masing-masing untuk balik ke kampung halaman untuk beraya bersama orang yang terdekat dan tersayang. Tidak dinafikan balik kampung akan lebih bermakna sekarang dengan kehadiran bayi anda untuk diperkenalkan kepada semua ahli keluarga.

Namun begitu, sekiranya anda merasa panik apabila memikirkan bagaimana hendak menangani keperluan untuk berebut-rebut balik kampung dengan membawa bayi bersama, buatlah sedikit perancangann untuk menenangkan anda. Perkara yang perlu dipertimbangkan: Keselamatan dan keselesaan

Kerusi keselamatan untuk menempatkan bayi dalam kereta.

Kesidang Moon Homestay Bandar Melaka
Photo used under Creative Commons from treehouse1977
Mungkin peraturan di negara ini belum lagi mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan bayi, tetapi di Australia, New Zealand, Singapura, AS dan kebanyakan negara-negara Eropah, bayi yang menaiki kereta mesti diletakkan dalam kerusi bayi. Kanak-kanak kecil atau todler mesti duduk di kerusi yang seumpama itu. Kajian telah menunjukkan bahawa anak kecil akan lebih selamat jika diletakkan dalam kerusi keselamatan berbanding di pangkuan atau di atas riba orang dewasa. Pusat Kajian Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia, dalam satu laporan mengenai kemalangan jalan raya di Malaysia, mengesahkan bahawa alat penahan di kerusi boleh mencegah kecederaan kepada penggunanya semasa kemalangan. Kami mempunyai lebih banyak maklumat berkaitan bagaimana memilih, membeli dan mengenakkan penahan tersebut dalam bahagian kerusi kereta bayi.

Selain keselamatan, di sinilah tempatnya bayi anda berasa paling selesa, terutamanya jika perjalanan anda jauh. Lagipun, seorang penjaga yang paling menyayangi pun akan merasa letih memangku bayi berjam-jam lamanya dalam keadaan yang agak sempit di dalam kereta. Waktu perjalanan

Cuba memulakan perjalanan semasa waktu tidak sibuk.

Kesibukan balik kampung adalah satu peristiwa paling besar dalam kalendar orang Malaysia. Perjalanan dari KL ke Melaka yang biasanya hanya mengambil masa dua jam boleh menjadi perjalanan yang paling tidak selesa memakan masa empat atau lima jam, dan ini anda alami bersama-sama ribuan rakyat Malaysia lain yang bertekad untuk makan malam bersama keluarga atau menikmati rendang istimewa mak sebelum matahari terbenam. Jabatan Keselamatan Jalan Raya menjangkakan sebanyak 75 peratus rakyat Malaysia kembali ke tempat asal atau kampung halaman dengan memandu kereta, menyebabkan trafik di lebuh raya meningkat naik sebanyak tiga kali ganda.

Untuk cuba mengelak kesesakan trafik, semakin ramai orang memulakan perjalanan mereka pada lewat petang, juga pada waktu malam atau pada awal pagi. Jika begini, anda boleh memberikan bayi anda makan malam dalam keadaan relaks dan memandikannya, kemudian meletakkannya ke dalam tempat duduk kereta pada waktu tidurnya yang biasa. Bawalah bersama CD dodoi kegemarannya. Jika anda bernasib baik, dia akan tidur sebelum anda tiba di hentian tol yang pertama.

Anda juga mungkin akan menghadapi kesesakan trafik di tempat-tempat tertentu, oleh itu bersedialah mengambil langkah-langkah keselamatan yang biasa. Pandu Cermat, satu usaha sama di antara Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia dan Kementerian Pengangkutan - diadakan semata-mata untuk memberikan tip-tip keselamatan dan maklumat kepada pengguna-pengguna jalan raya – disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Sama ada anda memutuskan untuk memulakan perjalanan pada waktu siang atau malam, cuba lihat senarai "kawasan berbahaya" di lebuh raya – selama beberapa tahun yang lepas, jabatan polis telah mengedarkan senarai tersebut melalui media semasa musim balik kampung dalam usaha untuk mengurangkan malapetaka di jalan raya.

Gunakan kemudahan hentian rehat

Terdapat banyak hentian rehat di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan. Bagi tujuan keselamatan, anda mungkin mahu melangkau hentian-hentian yang lebih kecil dan terus ke hentian yang lebih besar dan lebih sibuk – terutamanya di waktu malam. Hentian-hentian yang besar, seperti hentian Ayer Keroh, dilengkapi dengan kemudahan seperti tandas, kawasan rehat, restoran, kedai cenderamata dan surau. Hentian-hentian ini amat bagus untuk orang dewasa melunjurkan kaki dan berehat, tetapi malangnya, hentian-hentian ini biasanya tidak mempunyai kemudahan untuk kanak-kanak.

  • Jika anda mempunyai anak kecil maupun anak yang lebih besar, jangan sekali-kali meninggalkan mereka di dalam kereta tanpa pengawasan.
  • Jika anda menyusukan anak anda dan tidak selesa melakukannya di tempat umum, anda boleh menyusukan anak di dalam kereta.
  • Kemudahan menukar lampin memang jarang dijumpai (jika ada pun, ia mungkin tidak bersih sebagaimana yang anda mahukan), jadi anda juga harus menukar lampin di dalam kereta.
  • Hentian rehat yang besar mungkin mempunyai restoran makanan segera yang menyediakan menu kanak-kanak, tetapi kedai-kedai makan tempatan tidak akan menyediakannya. Elok juga jika anda membawa snek dan makanan anda sendiri.
  • Untuk tip-tip mengenai makanan yang harus dibawa dan cara menghiburkan bayi semasa perjalanan, sila rujuk Perjalanan bersama bayi yang berperingkat umur baru lahir sehingga lapan bulan.
Jika berlaku kecemasan.

Programkan nombor-nombor bantuan kecemasan ke dalam telefon bimbit anda dan bawa pengecas telefon kereta anda.

• Plusronda: 1800-88-0000. (Telefon kecemasan 24 jam Plus Expressway Berhad terdapat di setiap 2km di lebuh raya).


No comments:
Write comments