Tempat Menarik Di Bandar Hilir

Banda Hilir

Wednesday, March 20, 2013

JPA akan isi 50,000 kekosongan di sektor awam tahun 2013

BERNAMA melaporkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam menjangkakan lebih kurang 50,000 kekosongan di sektor awam akan di isi tahun ini.

Pengerusi JPA Tan Sri Mahmood Adam memberitahu, kekosongan itu wujud kerana ramai kakitangan awam yang akan bersara apabila menjangkau umur 60 tahun. Tahun lepas sebanyak 50,000 kekosongan jawatan telah diisi dan pada tahun ini jumlahnya dijangka meningkat kerana ramai yang memilih bersara pada umur 60 akan bersara tahun ini.

Tan Sri Mahmood Adam ditemuai selepas perjumpaan bersama ketua-ketua jabatan Persekutuan, Badan Berkanun dan NGO sempena Job Fair anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam di Kluang pada hari rabu lepas.

Tan Sri Mahmood Adam juga menyeru lepasan ijazah yang berminat untuk mengisi jawatan sebagai PTD memohon untuk menduduki peperiksaan yang akan di adakan pada 13 April 2013. Beliau memberitahu setakat ini 70,000 lepasan ijazah sudah mengemukakan permohonan untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai peperiksaan tersebuit bolehlah mendaftar dan memohon di http://www.spa.gov.my.

No comments:
Write comments